12. Abisai, (ibunya bernama Zeruya) mengalahkan dan membunuh 18,000 orang Edom di Lembah Asin,
13. lalu mendirikan perkhemahan tentera di seluruh negeri Edom. Oleh itu orang Edom takluk kepada Raja Daud. TUHAN memberikan kemenangan kepada Raja Daud di mana sahaja baginda berperang.
14. Raja Daud memerintah seluruh Israel dan memastikan supaya rakyatnya selalu diperlakukan dengan adil dan baik.