Raja Daud mempersembahkan semua hadiah itu kepada TUHAN untuk digunakan dalam upacara ibadat. Demikian juga yang dilakukan oleh Raja Daud dengan barang-barang perak dan emas yang telah dijarahnya daripada bangsa-bangsa yang dikalahkan baginda, iaitu bangsa Edom, Moab, Amon, Filistin, dan Amalek.