33. Pokok-pokok di hutan akan bersorak kegirangan,apabila TUHAN datang untuk memerintah bumi.
34. Bersyukurlah kepada TUHAN, kerana Dia baik;kasih-Nya kekal abadi.
35. Katakanlah kepada-Nya, “Ya Allah, Penyelamat kami,selamatkanlah kami daripada kekuasaan bangsa-bangsa.Kumpulkanlah kamisupaya kami dapat bersyukurdan memuji nama-Mu yang suci!”
36. Pujilah TUHAN, Allah Israel!Pujilah Dia sekarang dan selama-lamanya!Kemudian semua orang Israel berkata, “Amin”, dan mereka memuji TUHAN.
37. Raja Daud melantik Asaf dan sesamanya orang Lewi supaya mereka bertugas secara tetap dalam pengurusan hal-hal yang berkaitan dengan ibadat di tempat Tabut Perjanjian TUHAN diletakkan. Setiap hari mereka harus bertugas di situ,
38. dan dibantu oleh Obed-Edom anak Yedutun dan 68 orang lain daripada puaknya. Hosa dan Obed-Edom ialah pengawal pintu-pintu gerbang.
39. Imam Zadok dan imam-imam yang lain ditugaskan untuk mengurus ibadat kepada TUHAN di tempat beribadat di Gibeon.
40. Tiap-tiap pagi dan petang mereka harus mempersembahkan korban untuk menyenangkan hati TUHAN, di atas mazbah, menurut Taurat yang diberikan oleh TUHAN kepada orang Israel.
41. Imam Zadok dan imam-imam itu dibantu oleh Heman dan Yedutun serta beberapa orang lain yang dipilih khas untuk menyanyikan lagu pujian kepada TUHAN kerana kasih-Nya yang kekal abadi.
42. Heman dan Yedutun juga mengurus trompet, simbal, serta alat muzik lain yang dipakai untuk mengiringi lagu-lagu pujian. Anggota-anggota puak Yedutun ditugaskan untuk mengawal pintu-pintu gerbang.
43. Kemudian semua orang pulang ke rumah masing-masing. Raja Daud juga pulang untuk bersama-sama keluarga baginda.