24. Isytiharkanlah keagungan-Nya kepada bangsa-bangsa,dan perbuatan-Nya yang mengagumkan umat manusia.
25. TUHAN itu agung, dan mesti dipuji setinggi-tingginya;Dia mesti dihormati lebih daripada semua dewa.
26. Dewa-dewa bangsa lain hanya patung berhala,tetapi TUHAN mencipta angkasa raya.
27. Kemuliaan dan keagungan mengelilingi Dia,tempat kediaman-Nya dipenuhi kuasa dan kegembiraan.
28. Hai semua orang di bumi, pujilah TUHAN!Pujilah keagungan dan keperkasaan-Nya.
29. Pujilah nama TUHAN yang mulia;bawalah persembahan dan masuklah ke dalam kediaman-Nya.Bersujudlah di hadapan TUHANapabila Dia muncul;
30. gementarlah di hadapan-Nya, hai seluruh bumi!Bumi dikukuhkan dan tidak dapat digoncang.
31. Bersukacitalah, hai bumi dan langit!Beritahulah bangsa-bangsa bahawa TUHAN itu Raja.
32. Berderulah, hai laut, dan segala isimu!Bergembiralah, hai ladang-ladang, dan segala tanamanmu!
33. Pokok-pokok di hutan akan bersorak kegirangan,apabila TUHAN datang untuk memerintah bumi.
34. Bersyukurlah kepada TUHAN, kerana Dia baik;kasih-Nya kekal abadi.