1. Raja Hiram dari Tirus mengutus duta-dutanya kepada Raja Daud, dan mengirim juga kayu sedar, tukang kayu, serta tukang batu untuk membina istana.
2. Oleh itu Raja Daud sedar bahawa TUHAN telah mengukuhkan kedudukan baginda sebagai raja Israel dan menguatkan kerajaan baginda untuk kepentingan umat TUHAN.
3. Di Yerusalem, Raja Daud mengambil beberapa orang isteri lagi, lalu mendapat lebih banyak putera dan puteri.
4. Inilah putera-puteranya yang dilahirkan di Yerusalem: Syamua, Sobab, Natan, Salomo,
5. Yibhar, Elisua, Elpelet,
6. Nogah, Nefeg, Yafia,
7. Elisama, Beelyada, dan Elifelet.
8. Apabila orang Filistin mendengar bahawa Raja Daud telah menjadi raja seluruh Israel, mereka datang untuk menangkap baginda. Oleh itu Raja Daud pergi berperang melawan mereka.