1 Tawarikh 12:1-14 Alkitab Berita Baik (BM)

1. Ketika Daud melarikan diri daripada Raja Saul, Daud lari ke Ziklag. Semasa Daud di tempat itu, banyak askar yang setia dan berpengalaman datang bergabung dengan dia.

2. Mereka sama suku dengan Raja Saul, iaitu suku Benyamin. Askar-askar itu pandai memanah dan menghumban batu, baik dengan tangan kanan mahupun dengan tangan kiri.

8. Pada masa Daud berada di kubu di padang gurun, banyak askar terkenal dan berpengalaman daripada suku Gad datang bergabung dengan dia. Mereka mahir menggunakan perisai dan tombak; mereka kelihatan berani seperti singa dan gerak mereka tangkas seperti rusa.

14. Beberapa orang antara orang Gad itu adalah pegawai tinggi yang mengetuai pasukan seribu orang; beberapa orang lain adalah pegawai rendah yang mengetuai pasukan seratus orang.

1 Tawarikh 12