1 Tawarikh 11:1-6 Alkitab Berita Baik (BM)

1. Semua orang Israel pergi kepada Raja Daud di Hebron dan berkata, “Hamba semua kerabat tuanku.

2. Sejak dahulu, bahkan ketika Raja Saul masih pemerintah kami, tuanku telah memimpin tentera Israel ke medan perang. Lagipun TUHAN Allah tuanku telah berjanji bahawa tuanku akan memimpin umat-Nya dan menjadi pemerintah mereka.”

3. Oleh itu semua pemimpin orang Israel datang kepada Raja Daud di Hebron. Maka Raja Daud membuat perjanjian dengan para pemimpin Israel itu. Kemudian mereka menuang minyak zaitun pada kepala Raja Daud untuk melantik baginda menjadi raja Israel. Peristiwa ini berlaku seperti yang telah dijanjikan TUHAN melalui Samuel.

4. Pada suatu masa Raja Daud bersama-sama segenap tentera Israel pergi menyerang kota Yerusalem. Pada masa itu kota itu bernama Yebus dan orang Yebusi, penduduk asal tanah itu, masih tinggal di situ.

5. Orang Yebusi memberitahu Raja Daud bahawa baginda tidak mungkin memasuki kota mereka. Tetapi Raja Daud berjaya merampas kubu mereka yang bernama Sion, dan kini kubu itu disebut “Kota Daud.”

6. Pada waktu itu, Raja Daud bertitah, “Orang yang pertama membunuh seorang Yebusi akan menjadi panglima!” Yoab (ibunya Zeruya), memimpin serangan yang pertama, oleh itu dia menjadi panglima.

15-16. Pada suatu hari, tiga orang antara tiga puluh orang askar yang terkemuka pergi menemui Raja Daud di suatu tempat yang berkubu di sebuah gunung batu, dekat Gua Adulam. Pada masa itu orang Filistin berkhemah di Lembah Refaim, dan sepasukan daripada mereka menduduki Betlehem.

26-47. Inilah askar-askar terkemuka yang lain:Asael, adik YoabElhanan anak Dodo dari BetlehemSamot dari HarodHeles dari PelonIra anak Ikes dari TekoaAbiezer dari AnatotSibkhai dari HusaIlai dari AhohMaharai dari NetofaHeled anak Baana dari NetofaItai anak Ribai dari Gibeadi wilayah BenyaminBenaya dari PiratonHurai dari lembah-lembah GaasAbiel dari ArabaAzmawet dari BahurimElyahba dari SaalbonHasyem dari GizonYonatan anak Sage dari HararAhiam anak Sakhar dari HararElifal anak UrHefer dari MekheratAhia dari PelonHezrai dari KarmelNaarai anak EzbaiYoel, saudara NatanMibhar anak NagriZelek dari AmonNaharai dari Beerot,pembawa senjata YoabIra dan Gareb dari YatirUria orang HetZabad anak AhlaiAdina anak Siza (seorang yang terkemuka daripada suku Ruben yang mempunyai pasukan 30 orang)Hanan anak MaakhaYosafat dari MitniUzia dari AsytarotSyama dan Yeiel, anak-anak Hotam dari AroerYediael dan Yoha, anak-anak Simri dari TizEliel dari MahawimYeribai dan Yosawya, anak-anak ElnaamYitma dari MoabEliel, Obed, dan Yaasiel dari Mezobaya.

1 Tawarikh 11