1 Samuel 7:5-8 Alkitab Berita Baik (BM)

5. Selepas itu Samuel berkata, “Kumpulkanlah segenap umat Israel di Mizpa. Kemudian aku akan berdoa untuk kamu di situ.”

6. Oleh itu mereka semua berkumpul di Mizpa. Mereka menimba air lalu menuangkannya sebagai persembahan untuk TUHAN. Mereka juga berpuasa sepanjang hari. Mereka berkata, “Kami sudah berdosa terhadap TUHAN.” (Di Mizpa Samuel menyelesaikan perkara-perkara perselisihan antara umat Israel).

7. Apabila orang Filistin mendengar bahawa umat Israel sudah berkumpul di Mizpa, lima orang raja Filistin berangkat ke sana bersama dengan tentera mereka untuk menyerang umat Israel. Umat Israel menjadi takut ketika mereka mendengar hal itu.

8. Mereka berkata kepada Samuel, “Jangan berhenti berdoa kepada TUHAN Allah kita, supaya kita diselamatkan-Nya daripada orang Filistin.”

1 Samuel 7