1 Samuel 6:8-12 Alkitab Berita Baik (BM)

8. Kemudian ambillah Tabut Perjanjian TUHAN, naikkannya ke atas pedati, dan di sebelahnya letakkanlah peti yang berisi benda-benda emas yang harus kamu persembahkan kepada TUHAN untuk menebus dosa kamu. Biarlah pedati dan lembu itu berjalan sendiri.

9. Perhatikanlah ke mana lembu itu pergi; jika Tabut Perjanjian itu dibawa ke arah negeri asalnya, ke kota Bet-Semes, hal itu bererti bahawa Allah orang Israel sudah mendatangkan bencana yang dahsyat itu kepada kita. Tetapi jika pedati itu tidak menuju ke sana, kita akan tahu bahawa bencana itu bukan daripada Allah Israel, melainkan kebetulan saja.”

10. Orang Filistin itu menurut; mereka mengambil kedua-dua ekor lembu yang sedang menyusui anak, lalu menambat kedua-dua ekor lembu itu pada pedati, sedangkan anak-anak lembu itu dikurung di dalam kandang.

11. Kemudian Tabut Perjanjian itu dinaikkan ke atas pedati, bersama dengan peti yang berisi tikus tiruan daripada emas dan bengkak-bengkak tiruan daripada emas itu.

12. Lembu-lembu itu berjalan menuju ke arah Bet-Semes; lembu-lembu itu menguak sambil berjalan terus, tanpa menyimpang ke kiri atau ke kanan dari jalan raya. Kelima-lima orang raja Filistin terus mengikuti lembu-lembu itu sampai ke sempadan kota Bet-Semes.

1 Samuel 6