20. Apabila dia sudah hampir meninggal, wanita-wanita yang menolong dia berkata kepadanya, “Tabahlah! Anakmu lelaki!” Namun dia tidak menjawab atau memperhatikan mereka.
21. Dia menamakan anak itu Ikabod. Katanya, “Israel sudah kehilangan kemuliaan Allah.” Dia berkata demikian kerana Tabut Perjanjian sudah dirampas dan bapa mentuanya serta suaminya sudah meninggal.
22. Dia berkata, “Kemuliaan Allah sudah meninggalkan Israel, kerana Tabut Perjanjian Allah sudah dirampas.”