17. Eli bertanya, “Apakah yang difirmankan TUHAN kepadamu? Ceritakanlah segalanya kepadaku. Jika ada sesuatu yang engkau rahsiakan, tentu engkau akan dihukum dengan berat oleh Allah.”
18. Oleh itu Samuel menceritakan segala-galanya. Dia tidak merahsiakan apa-apa pun. Kemudian Eli berkata, “Dialah TUHAN; biarlah Dia melakukan apa yang dianggap-Nya baik.”
19. Samuel bertambah besar. TUHAN menyertai dia dan membuat segala yang dikatakan Samuel benar-benar berlaku.
20. Maka segenap umat Israel dari seluruh negeri itu mengakui bahawa Samuel ialah nabi TUHAN.