15. Selepas itu Samuel berbaring di tempat tidurnya sampai pagi. Kemudian dia bangun lalu membuka pintu-pintu rumah TUHAN. Dia takut memberitahu Eli tentang penglihatan itu,
16. tetapi Eli memanggil dia, “Samuel, anakku!”“Ya tuan,” sahut Samuel.
17. Eli bertanya, “Apakah yang difirmankan TUHAN kepadamu? Ceritakanlah segalanya kepadaku. Jika ada sesuatu yang engkau rahsiakan, tentu engkau akan dihukum dengan berat oleh Allah.”
18. Oleh itu Samuel menceritakan segala-galanya. Dia tidak merahsiakan apa-apa pun. Kemudian Eli berkata, “Dialah TUHAN; biarlah Dia melakukan apa yang dianggap-Nya baik.”