1 Samuel 28:1-6 Alkitab Berita Baik (BM)

1. Beberapa waktu kemudian, orang Filistin mengerah tentera mereka untuk menyerang Israel. Raja Akhis bertitah kepada Daud, “Tentu kamu faham bahawa kamu dan anak buahmu wajib berpihak kepada beta.”

2. Daud menjawab, “Tentu, nanti tuanku akan nampak sendiri apa yang dapat dilakukan hamba tuanku ini.”“Baiklah,” titah Raja Akhis. “Beta akan menjadikan kamu pengawal peribadi beta yang tetap.”

3. Samuel sudah meninggal dan dia diratapi oleh semua orang Israel, lalu dikebumikan di Rama, kotanya. Beberapa waktu yang lalu Raja Saul telah mengusir semua peramal dan pemanggil arwah dari Israel.

4. Tentera Filistin berkumpul dan berkhemah dekat kota Sunem. Raja Saul mengumpulkan tentera Israel, lalu mereka berkhemah di Gunung Gilboa.

5. Apabila Raja Saul nampak angkatan perang Filistin, baginda sangat ketakutan.

6. Baginda bertanya kepada TUHAN tentang apa yang harus dilakukannya. Tetapi TUHAN tidak menjawab, baik dengan mimpi, mahupun dengan Urim dan Tumim, ataupun dengan perantaraan nabi.

1 Samuel 28