1 Samuel 23:1-4 Alkitab Berita Baik (BM)

1. Pada suatu hari Daud diberitahu bahawa orang Filistin menyerang kota Kehila dan merampas biji-bijian yang baru dituai.

2. Oleh itu dia bertanya kepada TUHAN, “Haruskah aku pergi menyerang orang Filistin?”“Ya,” jawab TUHAN. “Seranglah mereka dan selamatkanlah penduduk Kehila.”

3. Tetapi anak buah Daud berkata kepadanya, “Sedangkan di sini, di Yehuda, kita sudah ketakutan, apalagi kalau kita pergi ke Kehila dan menyerang orang Filistin!”

4. Oleh itu Daud bertanya lagi kepada TUHAN, dan TUHAN menjawab, “Pergilah dan seranglah kota Kehila, kerana Aku akan memberi engkau kemenangan terhadap orang Filistin.”

1 Samuel 23