5. Kemudian pada suatu hari seorang nabi yang bernama Gad datang kepada Daud dan berkata, “Jangan tinggal di gua ini. Pergilah dengan segera ke tanah Yehuda.” Lalu Daud meninggalkan tempat itu dan pergi ke hutan Keret.
6. Pada suatu hari Raja Saul sedang duduk di bawah pokok tamariska di atas bukit di Gibea; baginda sedang memegang tombak dan semua pegawai berdiri di sekelilingnya. Ketika baginda mendengar bahawa tempat Daud dan anak buahnya sudah dijumpai,
7. baginda bertitah kepada para pegawai, “Dengarlah, hai semua orang Benyamin! Adakah kamu fikir si Daud itu akan memberi kamu ladang dan ladang anggur? Adakah kamu semua akan diangkat menjadi pegawai dalam tenteranya?