16. Raja bertitah, “Ahimelekh, kamu dan semua anggota keluargamu mesti mati.”
17. Selepas itu Raja Saul memberikan perintah kepada para pengawal yang berdiri di sisinya, “Bunuhlah imam-imam TUHAN ini! Mereka sudah berpakat dengan Daud, dan tidak memberitahu beta bahawa Daud sudah melarikan diri, walaupun mereka tahu selama ini.” Tetapi para pengawal itu tidak mahu membunuh imam-imam TUHAN itu.
18. Oleh itu Raja Saul bertitah kepada Doeg, “Engkau bunuhlah mereka!” Lalu Doeg membunuh semua imam itu. Pada hari itu dia membunuh lapan puluh lima orang imam yang berlayak memakai efod.
19. Raja Saul juga memerintah supaya segenap penduduk Nob, kota imam itu, dibunuh semuanya, termasuk lelaki, perempuan, kanak-kanak, bayi, dan juga lembu, keldai, serta domba.