1 Samuel 20:34-36 Alkitab Berita Baik (BM)

34. Dengan marah sekali Yonatan meninggalkan meja makan dan dia tidak makan apa-apa pada hari kedua Perayaan Bulan Baru itu. Dia sangat gelisah memikirkan Daud yang sudah dihina oleh Raja Saul, ayahandanya.

35. Keesokan paginya Yonatan pergi ke padang untuk menjumpai Daud sebagaimana yang telah dirancangkan bersama. Dia membawa seorang budak lelaki, iaitu hambanya, bersama dengan dia.

36. Yonatan berkata kepadanya, “Ayuh, carilah anak-anak panah yang akan kupanahkan.” Sedang budak itu berlari, Yonatan memanahkan sebatang anak panah melewati budak itu.

1 Samuel 20