9. Dia melindungi hidup umat-Nya yang setia,tetapi orang jahat binasa dalam gelap gelita.Dengan kekuatan sendiri, manusia tidak dapat berjaya.
10. Musuh-musuh TUHAN akan binasa;Dia akan mengguntur dari langit untuk menentang mereka.TUHAN akan menghakimi seluruh dunia;Dia akan memberikan kuasa kepada raja,Dia juga akan memberikan kemenangan kepada raja pilihan-Nya.”
11. Selepas itu Elkana pulang ke rumahnya di Rama, tetapi Samuel, anak itu tinggal di Silo dan mengabdi kepada TUHAN di bawah pengawasan Imam Eli.
12. Anak-anak Eli sangat jahat. Mereka tidak mengendahkan TUHAN.
13. Mereka juga tidak mengendahkan peraturan tentang apa yang boleh diminta oleh imam daripada umat Israel. Sebaliknya, jika ada orang yang mempersembahkan korban, hamba imam akan datang sambil membawa garpu bergigi tiga. Sementara daging itu direbus,
14. hamba itu akan menusukkan garpu ke dalam periuk, tempat daging itu dimasak. Apa sahaja yang ditariknya keluar dengan garpu itu menjadi milik imam. Semua orang Israel yang datang ke Silo untuk mempersembahkan korban diperlakukan seperti itu.
15. Tambahan pula, hamba itu akan datang sebelum lemak binatang itu dipisahkan untuk dibakar, lalu dia berkata kepada orang yang mempersembahkan korban itu, “Berikanlah daging yang masih mentah itu kepada imam supaya dipanggangnya; dia tidak mahu menerima daging yang sudah direbus.”
16. Jika orang itu menjawab, “Sebaiknya kita mentaati peraturan dan membakar lemak itu dahulu; selepas itu bolehlah kamu mengambil apa yang kamu suka,” maka hamba itu akan berkata, “Tidak! Serahkan daging itu kepadaku sekarang juga! Jika tidak, aku akan mengambilnya dengan paksa.”
17. Demikianlah kedua-dua orang anak Eli itu berdosa besar di sisi TUHAN, kerana mereka meremehkan persembahan korban untuk TUHAN.
18. Sementara itu, Samuel yang masih kanak-kanak terus mengabdi kepada TUHAN. Samuel memakai baju khas daripada kain linen, seperti baju ibadat para imam.
19. Tiap-tiap tahun ibu Samuel membuat jubah kecil, lalu memberikan jubah itu kepada Samuel apabila ibu itu datang bersama dengan suaminya untuk mempersembahkan korban tahunan.
20. Kemudian Eli memberkati Elkana dan isterinya, serta berkata kepada Elkana, “Semoga TUHAN mengurniai kamu anak-anak lain daripada isterimu ini, untuk menggantikan anak yang sudah kamu serahkan kepada TUHAN.”Selepas itu mereka pulang ke Rama.
21. Hana diberkati oleh TUHAN, lalu Hana melahirkan tiga orang anak lelaki dan dua orang anak perempuan. Samuel pun bertambah besar sementara dia mengabdi kepada TUHAN.