1 Samuel 2:1-5 Alkitab Berita Baik (BM)

1. Kemudian Hana berdoa,“TUHAN menggembirakan hatiku;alangkah bahagianya aku,kerana apa yang sudah dilakukan-Nya bagiku.Sekarang aku mentertawakan musuhku;alangkah sukacitanya akukerana Allah sudah menolong aku.

2. Tiada sesiapa pun yang suci seperti TUHAN;Dia tidak ada tandingan;hanya Allah kita yang dapat memberikan perlindungan.

3. Hentikanlah cakap besarmu,jangan keluarkan cakap angkuh.Oleh sebab TUHAN itu Allah Yang Maha Tahu,Dia menghakimi segala perbuatan orang.

4. Busur askar yang perkasa sudah patah,tetapi orang yang lemah menjadi perkasa.

5. Orang yang dahulu kenyang,sekarang harus bekerja untuk mencari makan;tetapi yang dahulu lapar, sekarang menjadi kenyang.Isteri yang mandul melahirkan tujuh orang anak,tetapi ibu yang mempunyai banyak anak,ditinggalkan dan dibiarkan merana.

1 Samuel 2