11. “Aku menyesal telah melantik Saul sebagai raja. Dia sudah membelakangi Aku dan tidak lagi taat kepada perintah-Ku.” Samuel marah, dan sepanjang malam dia merayu kepada TUHAN.
12. Keesokan harinya, pagi-pagi lagi, Samuel pergi mencari Raja Saul. Samuel mendengar bahawa Raja Saul sudah pergi ke kota Karmel untuk mendirikan tugu peringatan bagi dirinya di sana. Kemudian Raja Saul terus pergi ke Gilgal.
13. Apabila Samuel menemui Raja Saul, Raja Saul bertitah kepadanya, “Semoga TUHAN memberkati Samuel. Beta sudah melaksanakan perintah TUHAN.”
14. Samuel bertanya kepadanya, “Jika demikian, mengapa hamba mendengar lembu melenguh dan domba mengembik?”