1 Samuel 13:14-23 Alkitab Berita Baik (BM)

14. Tetapi sekarang kerajaan tuanku tidak akan tahan lama. Oleh sebab tuanku tidak taat kepada-Nya, TUHAN akan mencari orang lain yang dikehendaki-Nya untuk dilantik menjadi raja umat-Nya.”

15. Kemudian Samuel meninggalkan Gilgal dan meneruskan perjalanannya. Orang yang lain mengikut Raja Saul untuk bergabung dengan tentera baginda. Kemudian dari Gilgal mereka pergi ke Gibea di wilayah Benyamin. Raja Saul memeriksa pasukan baginda dan mendapati jumlahnya kira-kira enam ratus orang.

16. Raja Saul, puteranya Yonatan, dan askar mereka berkhemah di Geba di wilayah Benyamin, sedang orang Filistin berkhemah di Mikhmas.

17. Pada masa itu juga tiga pasukan askar Filistin berangkat dari perkhemahan Filistin untuk merompak; pasukan yang satu pergi ke arah Ofra di wilayah Syual,

18. pasukan kedua menuju ke Bet-Horon, dan pasukan yang satu lagi menuju ke sempadan yang menghala Lembah Zeboim dan padang gurun.

19. Pada masa itu di seluruh Israel tidak ada tukang besi, kerana orang Filistin tidak membenarkan orang Ibrani membuat pedang dan tombak.

20. Oleh itu umat Israel terpaksa pergi kepada orang Filistin jika hendak mengasah mata bajak, cangkul, kapak, dan sabit mereka.

21. Upahnya sekeping wang kecil untuk mengasah kapak atau membetulkan kusa lembu, dan dua keping wang kecil untuk mengasah mata bajak atau cangkul.

22. Oleh itu, pada masa pertempuran di Mikhmas, tiada seorang pun daripada askar Israel mempunyai pedang atau tombak, kecuali Raja Saul dan Yonatan, putera baginda.

23. Orang Filistin menempatkan satu pasukan askar untuk mempertahankan genting gunung di Mikhmas.

1 Samuel 13