1 Samuel 12:20-24 Alkitab Berita Baik (BM)

20. Samuel menjawab, “Jangan takut! Walaupun kamu sudah melakukan perkara yang jahat, jangan belakangi TUHAN. Tetaplah mengabdi kepada-Nya dengan sepenuh hati kamu.

21. Jangan ikut dewa-dewa yang tidak dapat menolong ataupun menyelamatkan kamu, kerana dewa-dewa itu sebenarnya tidak wujud.

22. TUHAN sudah bersumpah bahawa Dia tidak akan meninggalkan kamu, kerana Dia sudah mengambil keputusan untuk menjadikan kamu umat-Nya sendiri.

23. Bagi diriku, berdosalah aku terhadap TUHAN jika aku tidak lagi berdoa untuk kamu; semoga TUHAN menghindarkan dosa itu daripadaku. Sebaliknya aku akan terus mengajar kamu hal-hal yang baik dan yang benar.

24. Taatilah TUHAN dan abdikan diri kepada-Nya dengan setia dan dengan sepenuh hati. Ingatlah akan perbuatan besar yang sudah dilakukan-Nya untuk kamu.

1 Samuel 12