1 Raja-Raja 9:1-3 Alkitab Berita Baik (BM)

1. Selepas Raja Salomo selesai membina Rumah TUHAN dan istana, serta segala yang dirancangkannya,

2. TUHAN menampakkan diri lagi kepada Raja Salomo seperti di Gibeon dahulu.

3. TUHAN berfirman kepadanya, “Aku telah mendengar doamu. Aku mengekhaskan Rumah yang telah engkau bina ini sebagai tempat beribadat kepada-Ku selama-lamanya. Aku akan sentiasa menjaga dan melindunginya.

20-21. Buruh paksa yang dikerahkan oleh Raja Salomo ialah keturunan orang Kanaan, yang tidak dibunuh oleh umat Israel ketika mereka merampas negeri itu. Ini termasuk orang Amori, Het, Feris, Hewi, dan Yebusi, yang keturunan mereka terus menjadi abdi hingga sekarang.

1 Raja-Raja 9