1 Raja-Raja 4:1-7 Alkitab Berita Baik (BM)

1. Raja Salomo telah menjadi raja seluruh negeri Israel.

2. Inilah para pegawai Raja Salomo:Imam: Azarya anak Zadok

3. Setiausaha negeri: Elihoref dan Ahia, iaitu anak-anak SisaBendahara negeri: Yosafat anak Ahilud

4. Panglima tentera: Benaya anak YoyadaPara imam: Zadok dan Abyatar

5. Ketua pegawai daerah: Azarya anak NatanPenasihat diraja: Imam Zabud anak Natan

6. Pengurus pekerja istana: AhisarPengurus buruh paksa: Adoniram anak Abda

7. Raja Salomo melantik dua belas orang menjadi pegawai daerah di Israel. Mereka bertugas menyediakan makanan dari wilayah mereka bagi raja dan seisi istana baginda. Masing-masing pegawai daerah bertanggungjawab selama satu bulan pada tiap-tiap tahun.

1 Raja-Raja 4