1. Raja Salomo telah menjadi raja seluruh negeri Israel.
2. Inilah para pegawai Raja Salomo:Imam: Azarya anak Zadok
3. Setiausaha negeri: Elihoref dan Ahia, iaitu anak-anak SisaBendahara negeri: Yosafat anak Ahilud
4. Panglima tentera: Benaya anak YoyadaPara imam: Zadok dan Abyatar
5. Ketua pegawai daerah: Azarya anak NatanPenasihat diraja: Imam Zabud anak Natan
6. Pengurus pekerja istana: AhisarPengurus buruh paksa: Adoniram anak Abda
7. Raja Salomo melantik dua belas orang menjadi pegawai daerah di Israel. Mereka bertugas menyediakan makanan dari wilayah mereka bagi raja dan seisi istana baginda. Masing-masing pegawai daerah bertanggungjawab selama satu bulan pada tiap-tiap tahun.
8. Inilah nama para pegawai itu dan daerahnya:Ben-Hur: kawasan perbukitan Efraim
9. Ben-Deker: kota Makas, Saalbim, Bet-Semes, Elon, dan Bet-Hanan
10. Ben-Hesed: kota Arubot dan Sokho, serta seluruh wilayah Hefer