1 Raja-Raja 21:1-4 Alkitab Berita Baik (BM)

1. Dekat istana Raja Ahab di Yizreel ada sebidang ladang anggur kepunyaan seorang yang bernama Nabot.

2. Pada suatu hari Raja Ahab bertitah kepada Nabot, “Berilah beta ladang anggurmu, kerana ladang itu dekat istana beta. Beta hendak menggunakannya sebagai kebun sayur. Beta akan menggantinya dengan ladang anggur yang lebih baik. Atau jika kamu suka, beta akan membayarnya dengan harga yang berpatutan.”

3. Tetapi Nabot menjawab, “Ladang anggur ini pusaka nenek moyang hamba. Demi TUHAN, hamba tidak boleh memberikannya kepada tuanku!”

4. Raja Ahab pulang dengan hati yang kesal dan murka kerana perkataan Nabot itu. Raja Ahab berbaring di tempat tidur, menghadap tembok dan tidak mahu makan.

1 Raja-Raja 21