6. Tetapi sekarang baginda akan menyuruh para pahlawannya menggeledah istana tuanku dan rumah-rumah pegawai tuanku. Mereka akan mengambil segala yang dianggap berharga oleh mereka. Mereka akan datang kira-kira pada waktu ini esok.”
7. Raja Ahab memanggil semua pemimpin negerinya lalu bertitah, “Lihatlah, orang itu hendak membinasakan kita. Orang itu mengirim berita kepada beta dan menuntut supaya isteri-isteri dan anak-anak beta, perak serta emas beta diserahkan kepadanya, dan beta bersetuju.”
8. Tetapi para pemimpin dan rakyat menjawab, “Jangan hiraukan orang itu, jangan tunduk kepada tuntutannya!”
9. Oleh itu Raja Ahab bertitah kepada para utusan itu, “Katakan kepada tuanku raja bahawa beta bersetuju dengan tuntutannya yang pertama, tetapi beta tidak bersetuju dengan tuntutan yang kedua.”Para utusan itu pergi, lalu kembali lagi dan menyampaikan titah
10. daripada Raja Benhadad, “Raja hamba sekalian akan datang dengan cukup banyak askar untuk memusnahkan kota tuanku, sehingga mereka dapat membawa debu dari puing-puing kota dalam tangan mereka. Baginda bersumpah agar dewa-dewa membunuh baginda jika baginda tidak melakukan hal itu!”
11. Raja Ahab menjawab, “Katakanlah kepada Raja Benhadad bahawa seorang askar yang sejati membanggakan kebesarannya setelah pertempuran, bukan sebelumnya!”
12. Raja Benhadad menerima jawapan Raja Ahab itu ketika baginda dan raja-raja sekutunya sedang minum-minum di perkhemahan mereka. Raja Benhadad memerintah tenteranya bersiap untuk berperang, lalu mereka pun bersedia.
13. Sementara itu, seorang nabi menghadap Raja Ahab dan berkata, “Demikianlah firman TUHAN, ‘Jangan takut kepada pasukan tentera yang besar itu! Pada hari ini Aku akan memberikan kemenangan kepadamu dan engkau akan tahu bahawa Akulah TUHAN.’ ”
14. “Siapakah yang akan mengetuai serangan?” tanya Raja Ahab.Nabi itu menjawab, “Menurut firman TUHAN, askar-askar muda yang di bawah perintah para pegawai daerah akan mengetuai serangan.”“Tetapi siapakah yang akan memulakan serangan?” tanya raja.“Tuanku!” jawab nabi itu.
15. Oleh itu raja memanggil semua askar muda yang di bawah perintah para pegawai daerah, jumlahnya 232 orang askar. Setelah itu baginda memanggil pula tentera Israel dan jumlahnya 7,000 orang.
16. Serangan itu bermula pada tengah hari ketika Raja Benhadad dan tiga puluh dua orang raja sekutunya sedang mabuk di perkhemahan mereka.
17. Askar-askar muda itu bertempur dahulu. Apabila pengintip yang disuruh Raja Benhadad melaporkan bahawa ada sepasukan askar datang dari Samaria,