20. Kemudian Elisa meninggalkan lembu-lembunya, mengejar Elia dan berkata, “Benarkanlah saya berjumpa dengan ibu bapa saya dahulu untuk minta diri, lalu saya akan mengikut tuan.”Elia menjawab, “Pulanglah, saya tidak melarang kamu!”
21. Kemudian Elisa kembali untuk mengambil pasangan lembunya, dan menyembelihnya, lalu memasaknya. Dia menggunakan kayu bajak sebagai kayu api. Dia menghidangkan makanan itu kepada semua orang di situ dan mereka pun makan. Selepas itu Elisa mengikut Elia sebagai pembantunya.