1 Raja-Raja 18:4-8 Alkitab Berita Baik (BM)

4. Pada masa Izebel membunuh nabi-nabi TUHAN, Obaja menyembunyikan seratus orang nabi di dalam gua. Dia membahagi mereka menjadi dua kumpulan, lima puluh orang sekumpulan. Dia memberikan makanan dan air minum kepada mereka.)

5. Raja Ahab bertitah kepada Obaja, “Marilah kita pergi melihat tiap-tiap mata air dan dasar sungai di negeri ini. Mungkin kita akan mendapat rumput untuk menyelamatkan kuda dan baghal, supaya tidak usah membunuh seekor pun daripada ternakan kita.”

6. Mereka menentukan daerah yang dijelajahi masing-masing, lalu mereka pergi ke arah yang berlainan.

7. Di tengah perjalanan, Obaja bertemu dengan Elia. Dia mengenali Elia dan bersujud di hadapannya, lalu bertanya, “Betulkah tuan ini, Elia?”

8. “Betul, sayalah Elia,” jawabnya. “Pergilah beritahu raja, tuanmu, bahawa saya berada di sini.”

1 Raja-Raja 18