1 Raja-Raja 18:1-5 Alkitab Berita Baik (BM)

1. Beberapa waktu kemudian, pada tahun ketiga kemarau itu, TUHAN berfirman kepada Elia, “Pergilah menghadap Raja Ahab kerana Aku akan menurunkan hujan.”

2. Maka Elia berangkat.Kebuluran di Samaria pada masa itu sangat dahsyat,

3. oleh itu Raja Ahab memanggil Obaja, pengurus istananya. (Obaja seorang yang sungguh-sungguh beribadat kepada TUHAN.

4. Pada masa Izebel membunuh nabi-nabi TUHAN, Obaja menyembunyikan seratus orang nabi di dalam gua. Dia membahagi mereka menjadi dua kumpulan, lima puluh orang sekumpulan. Dia memberikan makanan dan air minum kepada mereka.)

5. Raja Ahab bertitah kepada Obaja, “Marilah kita pergi melihat tiap-tiap mata air dan dasar sungai di negeri ini. Mungkin kita akan mendapat rumput untuk menyelamatkan kuda dan baghal, supaya tidak usah membunuh seekor pun daripada ternakan kita.”

1 Raja-Raja 18