1 Raja-Raja 17:5-11 Alkitab Berita Baik (BM)

5. Elia mentaati perintah TUHAN itu. Dia pergi tinggal di tepi sungai kecil Kerit.

6. Dia minum dari sungai kecil itu, dan burung gagak membawa roti dan daging kepadanya setiap pagi dan petang.

7. Tidak berapa lama kemudian, sungai kecil itu kering kerana tidak ada hujan.

8. Kemudian TUHAN berfirman kepada Elia,

9. “Pergilah ke kota Sarfat dekat Sidon, dan tinggallah di sana. Aku sudah memerintah seorang balu yang tinggal di sana untuk memberikan makanan kepadamu.”

10. Maka Elia pergi ke Sarfat. Apabila dia tiba di pintu gerbang kota itu, dia nampak seorang balu sedang mengumpulkan kayu api. Elia berkata kepadanya, “Tolong beri saya air minum.”

11. Apabila balu itu hendak pergi untuk mengambil air, Elia berkata lagi, “Dan tolonglah beri saya roti juga.”

1 Raja-Raja 17