21. Kemudian Elia menelungkupkan badannya di atas anak itu tiga kali sambil berdoa, “Ya TUHAN, Allahku, hidupkanlah semula anak ini!”
22. TUHAN mengabulkan doa Elia. Anak itu mula bernafas lagi, lalu hidup semula.
23. Elia membawa anak itu turun ke bawah, lalu menyerahkan dia kepada ibu anak itu. Elia berkata, “Lihatlah, anakmu hidup semula!”
24. Balu itu berkata, “Sekarang barulah saya tahu bahawa tuan seorang hamba Allah dan bahawa TUHAN benar-benar berfirman melalui tuan.”