1. Pada tahun kelapan belas pemerintahan Raja Yerobeam di Israel, Abiam menjadi raja di Yehuda.
2. Raja Abiam memerintah di Yerusalem selama tiga tahun. Bondanya ialah Maakha keturunan Abisalom.
3. Seperti ayahandanya, Raja Abiam juga berdosa dan tidak taat kepada TUHAN, Allahnya. Baginda tidak seperti Raja Daud, moyangnya.
4. Tetapi demi Raja Daud, TUHAN, Allahnya mengurniakan Raja Abiam seorang putera untuk memerintah di Yerusalem selepas Raja Abiam, dan untuk mempertahan kota itu.
5. TUHAN berbuat demikian kerana Raja Daud menyenangkan hati-Nya. Raja Daud tidak pernah melawan perintah TUHAN, kecuali dalam hal Uria, orang Het itu.
6. Selama hayat Raja Abiam, persengketaan yang telah bermula antara Raja Rehabeam dengan Raja Yerobeam masih berlangsung.