1 Raja-Raja 12:5-17 Alkitab Berita Baik (BM)

5. Raja Rehabeam menjawab, “Datanglah lagi selepas tiga hari; beta akan memberikan jawapan kelak.” Oleh itu mereka pun pergi.

6. Raja Rehabeam meminta nasihat daripada para orang tua yang telah berkhidmat sebagai penasihat kepada ayahandanya. “Bagaimanakah beta harus jawab orang itu?” tanya Raja Rehabeam. “Apakah nasihat kamu?”

7. Para orang tua itu menjawab, “Jika tuanku hendak berbakti kepada rakyat, kabulkanlah permintaan mereka, maka mereka pun akan berbakti dengan setia kepada tuanku.”

8. Tetapi Raja Rehabeam tidak mempedulikan nasihat para orang tua itu. Sebaliknya, baginda bertanya pula kepada orang muda yang sebaya dengan baginda, dan yang kini menjadi penasihat baginda.

9. Raja bertitah, “Apakah nasihat kamu? Apakah yang harus beta katakan kepada semua orang itu, yang meminta beta meringankan beban mereka?”

10. Mereka menjawab, “Katakanlah kepada mereka, ‘Jari kelengkeng beta lebih besar daripada pinggang ayahanda beta!’

11. Katakan kepada mereka, ‘Ayahanda beta memberi kamu beban yang berat, tetapi beta akan memberi kamu beban yang lebih berat. Ayahanda beta menyebat kamu dengan cambuk, tetapi beta akan menyebat kamu dengan cambuk yang berduri besi!’ ”

12. Tiga hari kemudian, Yerobeam dan rakyat datang lagi menghadap Raja Rehabeam, menurut titahnya.

15. TUHAN hendak menepati firman-Nya yang disampaikan kepada Yerobeam anak Nebat melalui Nabi Ahia dari Silo. Itulah sebabnya raja tidak menghiraukan permintaan rakyat.

16. Apabila rakyat sedar bahawa raja tidak mahu mengabulkan permintaan mereka, mereka berseru, “Peduli apa dengan Raja Daud dan keluarganya? Mereka tidak pernah melakukan apa-apa untuk kita! Hai umat Israel, marilah kita pulang! Biarlah Raja Rehabeam menjaga dirinya sendiri!”Oleh itu umat Israel memberontak,

17. dan Rehabeam menjadi raja hanya bagi penduduk wilayah Yehuda.

1 Raja-Raja 12