31. Yerobeam juga membina tempat-tempat sembahyang di atas bukit-bukit, dan memilih imam-imam yang bukan daripada suku Lewi.
32. Raja Yerobeam juga memulakan satu perayaan agama pada hari kelima belas bulan kelapan, seperti perayaan di Yehuda. Di atas mazbah di Betel, baginda mempersembahkan korban kepada patung-patung lembu emas yang telah dibuatnya. Raja Yerobeam menempatkan imam-imam di Betel, iaitu para imam yang bertugas di tempat-tempat sembahyang yang telah dibinanya.
33. Pada hari kelima belas bulan kelapan, hari yang ditentukannya sendiri, baginda pergi ke Betel untuk mempersembahkan korban di atas mazbah, bagi merayakan perayaan yang telah ditentukannya bagi umat Israel.