1 Raja-Raja 12:1-13-14 Alkitab Berita Baik (BM)

1. Rehabeam pergi ke Sikhem, kerana semua suku di bahagian utara telah berkumpul di sana untuk melantik dia menjadi raja.

10. Mereka menjawab, “Katakanlah kepada mereka, ‘Jari kelengkeng beta lebih besar daripada pinggang ayahanda beta!’

11. Katakan kepada mereka, ‘Ayahanda beta memberi kamu beban yang berat, tetapi beta akan memberi kamu beban yang lebih berat. Ayahanda beta menyebat kamu dengan cambuk, tetapi beta akan menyebat kamu dengan cambuk yang berduri besi!’ ”

12. Tiga hari kemudian, Yerobeam dan rakyat datang lagi menghadap Raja Rehabeam, menurut titahnya.

13-14. Raja tidak mempedulikan nasihat para orang tua itu. Sebaliknya, baginda menurut nasihat orang muda lalu bertitah kepada rakyat dengan kasar, “Ayahanda beta memberi kamu beban yang berat, tetapi beta akan memberi kamu beban yang lebih berat. Ayahanda beta menyebat kamu dengan cambuk, tetapi beta akan menyebat kamu dengan cambuk yang berduri besi!”

1 Raja-Raja 12