1 Petrus 3:1-3 Alkitab Berita Baik (BM)

1. Demikian juga kamu, isteri-isteri harus taat kepada suami, supaya jika ada antara suami kamu yang tidak percaya kepada firman Allah, kelakuan kamu akan menyebabkan mereka menjadi percaya. Kamu tidak perlu mengatakan apa-apa kepada mereka,

2. kerana mereka boleh melihat kelakuan kamu yang murni dan penuh hormat.

3. Janganlah kecantikan kamu bergantung kepada hiasan rambut, barang kemas, ataupun pakaian yang mahal-mahal.

1 Petrus 3