1 Petrus 2:20-22 Alkitab Berita Baik (BM)

20. Apakah keistimewaannya, jika kamu menanggung hukuman yang memang harus kamu tanggung kerana bersalah? Tetapi jika kamu tabah menanggung penderitaan apabila dihukum kerana melakukan yang benar, Allah akan memberkati kamu.

21. Untuk hal inilah Allah memanggil kamu, kerana Kristus sendiri sudah menanggung penderitaan untuk kamu, dan memberi kamu satu teladan, supaya kamu mengikut jejak-Nya.

22. Dia tidak pernah berdosa dan sesiapa pun tidak pernah mendengar Dia berdusta.

1 Petrus 2