3. Tetapi orang yang mengasihi Allah, dikenal oleh Allah.
4. Sekarang tentang persoalan makan makanan yang sudah dipersembahkan kepada berhala: Kita tahu bahawa berhala menggambarkan sesuatu yang tidak wujud. Kita juga tahu bahawa Allah hanya satu; tidak ada yang lain.
5. Sekalipun banyak yang disebut dewa dan tuhan, baik yang di syurga mahupun yang di bumi,
6. tetapi bagi kita Allah hanya satu. Dia Bapa yang menciptakan segala sesuatu, dan untuk Dialah kita hidup. Tuhan hanya satu juga, iaitu Yesus Kristus. Melalui Dia segala sesuatu diciptakan, dan kerana Dialah kita hidup.
7. Tetapi tidak semua orang mengetahui hal itu. Ada orang yang dahulu biasa menyembah berhala, sehingga apabila sekarang mereka makan makanan yang sudah dipersembahkan kepada berhala, mereka masih berfikir bahawa makanan itu makanan berhala. Mereka merasa berdosa ketika makan makanan itu, kerana keyakinan mereka tidak teguh.