1 Korintus 7:38-40 Alkitab Berita Baik (BM)

38. Dengan demikian orang yang berkahwin, melakukan perbuatan yang baik. Tetapi orang yang tidak berkahwin, melakukan perbuatan yang lebih baik.

39. Seorang wanita yang sudah berkahwin, terikat kepada suaminya hanya selama suaminya hidup. Setelah suaminya meninggal, wanita itu bebas berkahwin lagi dengan orang yang disukainya; tetapi lelaki itu haruslah seorang Kristian.

40. Tetapi wanita itu akan lebih berbahagia jika dia tidak berkahwin lagi. Hal ini pendapatku sendiri, tetapi aku berpendapat bahawa aku dipimpin oleh Roh Allah.

1 Korintus 7