1. Sebenarnya aku menerima laporan bahawa perbuatan cabul yang keterlaluan berlaku di kalangan kamu. Orang yang tidak mengenal Tuhan pun tidak melakukannya. Aku diberitahu bahawa seorang lelaki berzina dengan ibu tirinya!
10. Yang aku maksudkan bukanlah orang cabul atau tamak, atau penipu, atau penyembah berhala yang sama sekali tidak mengenal Allah. Bukan! Jika kamu harus menjauhkan diri daripada mereka, kamu terpaksa keluar dari dunia ini sama sekali.
11. Tetapi inilah maksudku: Kamu tidak patut bergaul dengan orang yang mengaku dirinya orang Kristian, tetapi sebenarnya cabul atau tamak, atau menyembah berhala, atau mengumpat orang, pemabuk ataupun penipu. Janganlah makan dengan orang seperti itu!
12-13. Bukanlah urusanku untuk mengadili orang bukan Kristian. Allah sendiri akan mengadili mereka. Tetapi kamu harus mengadili anggota jemaah kamu sendiri. Di dalam Alkitab tertulis, “Usirlah orang jahat dari kalangan kamu.”