1. Kamu harus menganggap kami sebagai hamba Kristus, yang bertanggungjawab untuk mengisytiharkan rancangan Allah yang belum diketahui oleh dunia.
2. Inilah sifat utama yang harus dimiliki oleh seorang hamba seperti itu: Dia harus setia kepada tuannya.
3. Aku tidak menghiraukan apa yang kamu fikirkan tentang diriku ataupun apa yang difikirkan oleh sesiapa pun tentang diriku. Apa yang aku fikirkan tentang diriku sendiri pun tidak penting.
4. Aku tidak berasa bersalah, tetapi hal itu tidak membuktikan bahawa aku tidak bersalah. Tuhan sahaja yang berhak menentukan sama ada aku bersalah atau tidak.