26. Saudara-saudaraku, beginilah maksudku. Pada waktu kamu berhimpun untuk menyembah Tuhan, hendaklah seorang menyanyi, seorang lagi mengajar, seorang lagi menyampaikan perkhabaran daripada Allah, seorang lagi menyampaikan perkhabaran dalam bahasa yang ajaib, dan seorang lagi menjelaskan apa yang dikatakan orang itu. Semuanya harus dilakukan untuk menolong dan membina jemaah.
27. Jika ada yang hendak bercakap dalam bahasa yang ajaib, paling banyak haruslah dua atau tiga orang sahaja bergilir bercakap. Seseorang haruslah menjelaskan apa yang dikatakan itu.
28. Tetapi jika di situ tidak ada orang yang dapat menjelaskannya, maka orang yang bercakap dalam bahasa yang ajaib harus diam. Biarlah mereka berkata-kata dalam hati sahaja kepada Allah.
29. Dua atau tiga orang yang menerima perkhabaran daripada Allah harus menyampaikannya, sementara yang lain mempertimbangkan apa yang dikatakan itu.
30. Tetapi jika seorang yang hadir dalam perjumpaan itu menerima perkhabaran daripada Allah, maka orang yang sedang berkata-kata harus berhenti.
31. Kamu semua boleh menyampaikan perkhabaran daripada Allah, seorang demi seorang. Dengan demikian semua orang akan menerima ajaran dan galakan.
32. Kurnia daripada Roh Allah untuk menyampaikan perkhabaran daripada Allah harus dikendalikan oleh orang yang menyampaikannya.
33. Allah ialah Allah yang suka akan ketertiban, bukan kekacauan.Seperti yang berlaku di semua perjumpaan jemaah Allah,
34. kaum wanita haruslah berdiam diri. Mereka tidak dibenarkan berkata-kata; mereka harus patuh kerana demikianlah ajaran Taurat.
35. Jika mereka hendak mengetahui sesuatu, mereka harus bertanya kepada suami mereka di rumah. Amatlah memalukan jika seorang wanita berkata-kata di perjumpaan jemaah.
36. Perkhabaran Allah tidak datang daripada kamu, dan bukan kamu sahaja yang menerimanya.
37. Jika seseorang menganggap dirinya mempunyai kurnia untuk menyampaikan perkhabaran daripada Allah, atau mempunyai kurnia lain daripada Roh Allah, orang itu harus sedar bahawa apa yang aku tuliskan ini perintah daripada Tuhan.
38. Jika dia tidak mahu menerima perintah itu, janganlah pedulikan dia.
39. Oleh itu, saudara-saudaraku, berusahalah untuk menyampaikan perkhabaran daripada Allah, tetapi janganlah larang orang bercakap dalam bahasa-bahasa yang ajaib.
40. Semuanya harus dilakukan dengan baik dan teratur.