1 Korintus 12:29-31 Alkitab Berita Baik (BM)

29. Mereka bukan semuanya rasul, atau nabi, ataupun guru. Bukan semuanya mempunyai kuasa untuk melakukan mukjizat,

30. atau untuk menyembuhkan orang, atau untuk bertutur dalam pelbagai bahasa yang ajaib, ataupun untuk menerangkan erti apa yang dikatakan dalam bahasa-bahasa itu.

31. Oleh itu, hendaklah kamu berhasrat untuk memperoleh kurnia-kurnia yang lebih utama.Tetapi aku akan menunjukkan kamu jalan yang terbaik.

1 Korintus 12