8. kerana lelaki tidak dijadikan daripada wanita, melainkan wanita dijadikan daripada lelaki.
9. Begitu juga lelaki tidak dijadikan untuk kepentingan wanita, tetapi wanita dijadikan untuk kepentingan lelaki.
10. Oleh itu, kerana malaikat-malaikat, seorang wanita harus menudung kepala sebagai tanda bahawa dia dibenarkan berdoa.
11. Meskipun demikian, dalam kehidupan kita sebagai orang Kristian, wanita bergantung kepada lelaki, dan lelaki pun bergantung kepada wanita.
12. Hal itu demikian kerana meskipun wanita dijadikan daripada lelaki, tetapi selepas itu lelaki dilahirkan oleh wanita; dan segala sesuatu berasal daripada Allah.
13. Baiklah kamu pertimbangkan sendiri: Patutkah seorang wanita berdoa kepada Allah di hadapan orang ramai dengan tidak menudung kepala?
14. Menurut kebiasaan, kamu diajar bahawa lelaki yang berambut panjang bukanlah suatu hal yang patut.
15. Tetapi bagi seorang wanita, rambut panjang yang diberikan kepadanya adalah untuk menutupi kepalanya dan menjadi kebanggaannya.
16. Tetapi jika sesiapa mahu bertengkar tentang masalah itu, inilah satu-satunya jawapan yang dapat aku berikan: Baik kita mahupun jemaah Allah lainnya, tidak mempunyai peraturan lain.
17. Tetapi tentang hal yang berikut ini, aku tidak memuji kamu. Pertemuan ibadat kamu sebenarnya tidak membawa kebaikan, melainkan keburukan.
18. Pertama sekali aku diberitahu bahawa dalam pertemuan kamu terdapat golongan yang berlawanan. Aku percaya bahawa sedikit sebanyak laporan itu benar. (
19. Sebenarnya tidak menghairankan jika timbul perpecahan antara kamu, supaya nyata siapa-siapa orang Kristian yang sejati.)
20. Pada waktu kamu berhimpun, sebenarnya yang kamu makan bukannya Perjamuan Tuhan.
21. Hal itu demikian kerana pada waktu makan, setiap orang berebut makanan, sehingga ada yang tidak mendapat makanan dan ada pula yang menjadi mabuk.