1 Korintus 11:29-34 Alkitab Berita Baik (BM)

29. Hal itu demikian, kerana sesiapa makan roti dan minum dari cawan itu dengan tidak mengerti bahawa perjamuan itu berkenaan dengan tubuh Tuhan, orang itu akan mendatangkan hukuman kepada dirinya sendiri.

30. Itulah sebabnya banyak antara kamu yang sakit dan lemah, dan ada juga yang mati.

31. Jika kita memeriksa diri kita lebih dahulu, kita tidak akan dihukum oleh Allah.

32. Tetapi jika kita diadili dan dihukum oleh Tuhan, Dia melakukannya supaya kita tidak dihukum bersama-sama dunia ini.

33. Oleh itu, saudara-saudaraku, jika kamu berhimpun untuk makan Perjamuan Tuhan, kamu harus saling menunggu.

34. Jika sesiapa lapar, dia harus makan di rumah. Dengan demikian pada waktu kamu berhimpun, kamu tidak akan dihukum oleh Allah. Tentang masalah-masalah lain, aku akan menyelesaikannya apabila aku datang kelak.

1 Korintus 11