Zefanya 2:1-4 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

1. Hai bangsa yang tidak tahu malu, insaflah

2. sebelum kamu diusir seperti sekam yang ditiup angin. Insaflah sebelum hari kemurkaan TUHAN tiba, dan sebelum kamu ditimpa kemarahan TUHAN yang menyala-nyala.

3. Kembalilah kepada TUHAN, hai semua orang yang rendah hati di negeri ini, iaitu orang yang mentaati perintah-Nya. Lakukanlah apa yang dikehendaki TUHAN, dan rendahkanlah dirimu di hadapan-Nya. Mungkin kamu akan terlepas daripada hukuman pada hari TUHAN menunjukkan kemurkaan-Nya.

4. Tiada sesiapa lagi yang tinggal di kota Gaza. Kota Askelon akan ditinggalkan. Penduduk Asdod akan diusir dalam setengah hari, dan penduduk Ekron akan dihalau dari kota mereka.

Zefanya 2