Zakharia 9:1-3 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

1. Inilah perkhabaran TUHAN. Dia telah menjatuhkan hukuman kepada negeri Hadrakh dan kota Damsyik. Bukan sahaja suku-suku Israel, tetapi ibu kota negeri Siria juga milik TUHAN.

2. Hamat yang bersempadan dengan negeri Siria pun milik TUHAN, demikian juga kota Tirus dan Sidon dengan segala kemahiran penduduknya.

3. Tirus telah membina kubu-kubunya dan mengumpulkan sangat banyak emas dan perak, sehingga menjadi benda biasa seperti pasir di jalan.

Zakharia 9