1. Hai Lebanon, bukalah pintu-pintumu,supaya api dapat membakar pokok sedarmu.
2. Hai pokok sipres, menangislah dan merataplah,kerana pokok sedar sudah jatuh;pokok-pokok yang megah sudah musnah.Hai pokok-pokok oak di Basan, menangislah dan merataplah,kerana hutan tebal sudah ditebang.
3. Penguasa-penguasa meratap,kerana kemuliaan mereka sudah lenyap.Dengarlah auman singa;kerana kediaman singa di hutan di sepanjang Sungai Yordan sudah musnah.
4. TUHAN, Allahku berfirman kepadaku, “Berlakonlah sebagai gembala yang menggembalakan domba yang akan disembelih.
5. Pemilik-pemilik domba menyembelih kawanan domba itu tetapi mereka tidak dihukum; mereka menjual daging domba itu lalu berkata, ‘Terpujilah TUHAN! Kami kaya!’ Gembala-gembala itu tidak mengasihani domba peliharaan mereka.”
6. TUHAN berfirman, “Aku tidak lagi mengasihani sesiapa pun di bumi ini. Aku sendiri akan menyerahkan semua orang ke dalam tangan penguasa mereka. Penguasa-penguasa itu akan memusnahkan bumi, dan Aku tidak akan menyelamatkannya daripada kuasa mereka.”