Yunus 1:7-11 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

7. Setelah Yunus dan kapten kapal itu naik ke atas, para anak kapal berkata sesama sendiri, “Marilah kita buang undi supaya kita tahu siapa yang bersalah, sehingga kita ditimpa bencana ini!” Mereka membuang undi, lalu Yunus yang kena undi.

8. Mereka berkata kepada Yunus, “Betulkah engkau yang menyebabkan bencana ini? Engkau dari mana dan bangsa apa? Mengapa engkau berada di sini?”

9. Yunus menjawab, “Aku orang Ibrani. Aku menyembah TUHAN, Allah di syurga, yang mencipta laut dan darat.”

10. Kemudian Yunus menceritakan bahawa dia melarikan diri daripada TUHAN.Mendengar hal itu para anak kapal menjadi lebih takut lagi, dan berkata kepadanya, “Perbuatanmu itu sungguh dahsyat!”

11. Sementara itu angin ribut semakin kencang, lalu para anak kapal bertanya kepada Yunus, “Apakah yang harus kami lakukan kepadamu supaya angin ribut ini reda?”

Yunus 1